Friday 18 April 2014

Allah dengar, Allah perhati.

In the name of Allah swt.

Hai Assalamualaikum warahmatullah.
Salam Jumaat, salam penghulu segala hari.

Alhamdulillah ala kulli nikmat.

Yes, NIKMAT.

Alhamdulillah ala kulli nikmat. :)

*sekadar perkongsian rasa bahagia dalam hati*

Lepas selesai solat zohor tadi, macam biasa akan dibuat rutin harian,
iaitu, baca Al-Quran.


Bila kita baca Al-Quran, Allah sedang berkata-kata dengan kita.
Aku yakin tentang tu.
cuma,
Tak semua cuba untuk menghayati kata-kata Allah untuk kita.

Tapi,

Tiba tiba terdetik dalam fikiran aku tadi.

Aku memang yakin Allah sedang berkata dengan aku, cuma sejauh mana aku menghayati surat cinta Allah.
Yakin
Yakin
Yakin.

And aku sebagai hamba Allah yang kerdil dan penuh dengan dosa, 
dengan rendah dirinya berkata dalam hati:

"Ya Allah, aku yakin Kaulah Tuhan yang maha Mendengar,
maha Mengetahui segala isi hati. Aku yakin ketika ini kau sedang memerhatikan aku, 
sedang berkata kata dengan aku memalui surat CintaMu. Maka, Kau tunjukkanlah KekuasaanMu Ya Allah.
Ya Allah, Kau perlihatkanlah aku ayat yang menguatkan keyakinanku tentang nikmatMu.
Ayat yang menerangkan betapa banyaknya NIKMAT yang telah kau berikan tetapi,
sedikit sekali golongan yang BERSYUKUR. Ameen."

Then, aku tutup mata, pilih helaian Quran yang nak diselak dengan penuh harapan yang sangat tinggi.

Helaian yang pertama:

ayat itu menerangkan tentang nikmat, tetapi Allah menceritakan tentang 
Nikmat yang Allah berikan kepada tentera Perang Khandaq ketika mana Allah membantu mereka
dengan menyediakan bala tentera kepada mereka.
*tak take note surah apa & ayat berapa*

Helaian yang kedua juga ada menceritakan tentang nikmat, 
Tapi tidak dinyatakan tentang sedikit segali golongan yang bersyukur.

helaian ketiga dan seterusnya, ada yang diceritakan tentang nikmat and ada juga yang tak.

Bila sampai kali ketujuh helaian dipilih,
Subhanallah.
Menitis air mata aku.



(SURAH AN-NAML:73-75)

Ya Allah, bertapa Kau maha Mendengar, maha Memerhati.
Al-quran sebagai surat cinta Engkau terhadap hambaMu.

Subhanallah
Subhanallah
Subhanallah

"Dan sungguh, Tuhanmu benar-benar memiliki karunia (yang diberikanNya)
kepada manusia, tetapi kebanyakan mereka tidak mensyukurinya.

Dan sungguh, Tuhanmu tahu apa yang disembunyikan dalam dada mereka
dan apa yang mereka nyatakan.

Dan tidak ada sesuatu pun yang tersembunyi, di langit dan di bumi, 
melainkan tercatat dalam kitab yang jelas, (Lauh Mahfuz)."

(An-Naml:73-75)

Ya Allah, betapa benarnya Allah dengar apa yang kita luahkan kepadaNya.

Allah tunjukkan nikmat ni dekat aku. Alhamdulillah sangat sangat sangat.
tak terkata macam mana bahagianya aku bila Allah perlihatkan aku nikmat macam ni.
Subhanallah.
Alhamdulillah.

Allah tak tunjuk dekat helaian yang pertama, tapi
Allah slow slow terangkan dekat aku tengtang nikmat.
sampailah kali ketujuh aku pilih helaian.

Mungkin, Allah nak bagi aku nikmati n hayati kenikmatan Allah tu,
thats why sampai kali ketujuh baru Allah tunjukkan apa yang aku nak Allah perlihatkan.
bukan just tunjuk apa yang aku nak,
tapi Allah ingatkan aku melalui ayat 74 & 75,

"Allah mengetahui segala yang ada dalam dada manusia, sama ada disembunyikan atau dinyatakan"

Subhanallah.

Nikmatnya apa yang aku rasa hari ni. subhanallah.
segala puji bagi Allah yang maha Kuasa.

Alhamdulillah ala kulli nikmat ya Rabbi. :')

sekadar perkongsian, dengan harapan keyakina & keimanan tengtang kuasa Allah dapat ditingkatkan.

Wallahualam.

Semoga setiap apa yang dilakukan, diperkatakan akan dinilai sebagai ibadah di mata Allah.

semoga bertambah kesyukuran dengan NIKMAT Allah.
Assalamualaikum readers! :)
*walaupun takde readers sangat pun. haha*


sorry, semua gambar curi kat pakcik Google. :p








Thursday 10 April 2014

Kuatkan langkahku ya Allah. :')

10 Jamadil Awal 1435H

In the name of Allah. :)

Alhamdulillah, genap 20 tahun aku hidup, menumpang di bumi Allah.

Terfikir sejenak dua jenak tiga jenak, ya Allah
dah 20 tahun aku hidup.

tapi,

Amal aku mungkin tetap kurang dari dosa. 
sedangkan nikmat yang Allah bagi sepanjang 20tahun ni tak terkira.

aku membayangkan Sultan Al-Fateh.
jauhnya peribadi nak sampai tahap tu.

Ahmad Ammar sekalipun. 
terlampau jauh.
kecik sangat aku.


Apa yang dah aku korbankan untuk jalan Allah.
tegakkan nama Allah?

astagfirullah. 

baru kena pergi daurah, bertindih dengan assignment yang banyak dah berat hati.
teruknya aku. :'(

mungkin, aku kena ubah pendirian, 
ubah perlakuan, matangkan diri,

berani untuk berpindah ke zon berkorban.
20 tahun aku hidup dalam zon selesa. tanpa memikirkan sumbangan aku untuk agama Allah.

muhasabah diri.




setiap langkah menuju jalan Allah, akan diberi ganjaran pahala.

Semoga Allah kuatkan langkah aku dalam jalan dakwah.

semoga Allah jaga aku dari kembali futur, jaga aku dari kembali ke jalan yang leka dari mengingatiNya.

wallahualam.







Monday 17 February 2014

Aku merancang, Allah meranjang. Tapi perancangan Allah tiada tandingan

In the name of Allah.
Permulaan sem 2. permulaan yang boleh kata baik. Alhamdulillah,
cuba nak biasakan diri dengan jadual baru.

hari ni nak cerita, bukan cerita maybe lebih kepada luahan.
takde viewer kan. hihi

***************************************************

NIKMAT ALLAH.

subhanallah, bila sebut je rasa sayu je hati.

ceghitanyaa,
baru baru ni dapat result sem1. huih
result yang boleh kata tak berapa menyedapkan hati lah.


Sedih?
semestinya. siapa je yang hadapi benda ni mesti sedih. 
Tapi, 
kalau semua ni tak jadi, sampai bila bila kita takkan sedar.
bila-bila masa Allah boleh tarik nikmat yang ada dalam diri kita.

dolu dolunya, boleh dikatakan apa yang ditarget, alhamdulillah tercapai.
tapi kali ni, sangatlah menyayat hati.
*kesat air mata*hihi

tapi aku sedar,
kalau aku terus dapat nikmat tu, sampai sekarang aku takkan rasa macam mana orang lain rasa.
aku takkan faham macam mana yang betul betul erti SYUKUR.

ini semua peringatan untuk aku. and mungkin untuk yang lain juga.

PERINGATAN.

yang aku makin lama makin jauh dari Dia.
Allah nak aku kembali sujud yg betul betul terkesan.

Allah nak ingatkan aku dekati n hayati akhirat.
kalau aku terlampau sedih dengan result aku bermakna aku terlampau mengejar dunia,
sedangkan Allah uji aku sedemikian untuk aku ingat akhirat.

Allah juga nak ingatkan aku supaya bersyukur.
mmg betul, kalau tak bersyukur,
bila bila Allah akan tarik nikmat.
mungkin sebab utama aku tak reti nak bersyukur.
padahal nikmat Allah tu melimpah ruah dah kan.


******************************************

Ada masa, semua ni buat aku termenung sendiri,
apa nasib aku nanti.

Tapi, alhamdulillah,
aku sedar rezeki Allah tu ada kat mana mana.

dengan ada masalah masalah sampingan kecil yang datang.
*semua salah aku, terlampau fikir benda yang tak patut*

buat aku rasa tak kuat.

tapi, 

Allah yang bagi kekuatan kat aku.
naikkan balik semangat yg dah jatuh tu.
Alhamdulillah.

ye, mmg aku tak kuat, tapi Allah yang buat aku kuat.

****************************

satu malam, aku menangis macam apa tah sebab terlampau fikirkan hal duniawi ni.

tapi,bila aku fikir,
Allah ada yang lagi baik untuk aku.
Allah ada jalan yang lagi manis untuk hidup aku.

esoknya, subhanallah. tersangatlah tenang.
Rasa besarnya Rahmat Allah untuk aku.

betul, manis sangat hidup bertuhan.
rasa syok sgt kat hati ni.
tak peduli dah masalah yang datang tu.

*******************************************

lagi satu, 
ada sorg kawan aku yang tersangatlah baik pesan,

"ni semua ujian Allah.
jadikan semua tu peringatan untuk kita bangun semula,
bukan sebagai penjatuh semangat."

yup, aku setuju & aku syukur sebab aku ada kawan yg sentiasa mengingatkan.
selalu ada time susah senang aku. 
alhamdulillah.

hm, and baru kenal juga mana satu kawan yang betul betul kawan.
takpe, hadirnya seseorang tu kan ada hikmahnya.
semua ni bagi pengalaman & pengajaran yg besar untuk aku.

last, mungkin. ni lah masa yang sesuai untuk aku baiki iman aku & kekalkannya.
sebab ujian itu rahmat. :)

semangat baru, inshaa Allah.
usaha sehabis baik nak baiki diri.

Ameen.

*********THE END*********




Tuesday 22 October 2013

Ada ketika, untuk tenang, kita perlu menangis.



Sabda Rasulullah saw,

" Dua titisan air yang Allah cintai, darah para syuhada' , dan air mata kerana takutkan Allah."

Allah Allah Allahu Rabb.

Kita manusia, selalu leka.
Titisan air mata yang dikeluarkan sangat merugikan,
apatah lagi mendapat ketenangan.

Sebab apa?

Kerana,
Setiap titisan itu bukan kerana Allah.
Jiwa jadi lesu.
Hati mula diliputi bintik hitam.

sedangkan,

"Dan ingatlah, hanya dengan mengingati Allah hati akan menjadi tenang."

Bila kita buat sesuatu kesalahan,
perasaan resah itu wujud.
maka, menangislah dengan rasa takut kepada Allah.
ketenangan tu datang dengan sendirinya.

Itu lebih baik berbanding,
melakukan kebaikan yang diikuti dengan rasa bangga, takbur.

Bila kita kecewa dengan ujian hidup,
hidup penuh dengan tangisan kesedihan,
maka, suburkanlah tangisan itu dengan mengingati Allah.
Ketenangan itu pasti datang.

kerana,
itu janji Allah dalam surat cinta-Nya.

Tak perlu ketawa untuk hilangkan kesedihan.
sedangkan ketawa itu membawa kepada amarah.
cukup dengan senyum dan syukur dengan nikmat Allah sebelumnya.

Allah Allah Allah.

Sabda Rasulullah saw,
" Sekiranya kamu tahu apa yang aku tahu, maka kamu akan lebih banyak menangis berbanding ketawa."

maka menangislah kerana Allah.

menangis mengenangkan dosa yang menggunung.
menangis kerana terlalu besar nikmat Allah yang kita rugikan.
menangis kerana Rasulullah yang diampunkan lebih banyak menangis.
menangis kerana sahabat yang dijanjikan syurga lebih banyak menangis.
sedangkan kita yang banyak dosa, apatah lagi syurga.

menangis kerana sedar bahawa mati itu ada di belakang,
tapi,
dosa menggunung, amalnya kurang.
mengenangkan betapa sempitnya kubur.
mengenangkan bakal dicampak ke dalam api neraka.

Allahu rabbi.

Ampunkan kami ya Allah.



"sebaik baik kesedihan adalah yang mengenangkan dosanya"

wallahu alam.
peringatan untuk diri ini.
supaya mencari ketenangan dengan mengingati Allah.
menangis kerana Allah.

semoga Allah redha.
semoga setiap yang dilakukan dikira Ibadah di mata Allah.

Assalamualaikum. :')














Sunday 22 September 2013

untukmu muslimah. :)

Untukmu Muslimah

Sombongkah Aku?

Sombongkah aku kiranya tidak mahu membalas pesanan ringkasmu?
Sombongkah aku jika membiar sepi FB darimu?
Sombongkah aku jika aku hanya membiarkan panggilan darimu berlagu tidak berjawab?


Ya,aku memang sombong.
Namun aku sombong bertempat!
Bukan pada semua.

Tapi hanya padamu,lelaki ajnabi yang tidak halal buatku.
Pantaskah aku membalas SMS mu kiranya luahan rindu yang kau ucapkan?
Perlukah aku membalas FB mu jika omongan cinta yang kau ingin bicarakan?
Haruskah aku berbual denganmu jika tiada perkara penting yang mahu dibincangkan?

Kau bukan suamiku,perlukah kita melakukan semua itu?
Tepuk dada,tanyalah imanmu sendiri wahai teman.

Maaf aku tidak sanggup melakukan semua itu jika murka Allah yang ku dapat
Jika kerana sikapku ini kau memanggilku sombong, nah silakan.
Aku tidak peduli.
Jika kerana ini kau memandangku seorang yang kolot
Aku masih juga tidak peduli
Apalah sangat pandanganmu jika dibandingkan dengan pandangan murka Tuhanku

Kiranya aku mengikut kemahuanmu
Aku lebih takutkan Tuhan yang menjadikan kau dan aku.

Sebelum tiba masanya, biarlah kulabuhkan dulu cintaku pada-Nya
sebelum kulabuhkan cintaku kepada yang berhak keatasku kelak
Hanya untuk suamiku,cinta halal bagiku.

Tuesday 30 July 2013

ramadhan. :)

assalamualaikum warahmatullah. 

alhamdulillah sebab Allah still pinjamkan nyawa untuk teruskan hidup.
alahmdulillah dengan segala nikmat yang Allah beri.
mungkin kita nampak kecil. tapi besar bagi orang yang hargai.
mungkin nampak remeh, tapi serius kat mata yang berfikir.
^^

" Dan janganlah kamu seperti orang orang yang lupa kepada Allah, 
sehingga Allah menjadikan mereka lupa akan diri sendiri "

Intoduction, supaya mulakan sesuatu dengan bersyukur. :)

Hari ni, fasa yang ketiga dalam bulan ramadhan.
tapi, amalan apa je yang aku buat. 
apa je yang aku istiqamahkan.
Astagfirullah.

Padahal, Allah dah janjikan ganjaran yang berlipat ganda 
bagi bulan Ramadhan.
rasa kecil sangat di mata Allah.

astagfirullah 
astagfirullah
astagfirullah

semoga Aku dapat bertemu dengan lailatul Qadr.

and, dalam bulan Ramadhan ni, teringat zaman sesama kekawan dulu.
sekarang goyang kaki kat rumah. 

buka puasa sama sama,
pergi terawih sama sama,
pergi cari makanan sama sama,
ingat mengingatkan sama sama,

rindu kan semua tu sangat sangat.

oh rindukan Khairina Subre, *taktahu nak pergi kuliah ngan sape nanti. 
sobss *nangis*
paling banyak cari makan bulan puasa dengan makcik ni lah.
bila kamu mahu muncul ha? 

hehe over plak.

rindu usrati.
our naqibah, miss shaz.
bulan ramadhan dolu dolu, banyak bg santapan rohani.
rindu nak bermain.
roomates.
classmates.lecturemates.
and schoolmates.

oh rindukan semua lah.

harap dapat bertemu lagi ya Ramadhan.
harap dapat jumpa lagi segala gala yang dirindui.
harap dapat jumpa lagi kawan kawan yang boleh mengingatkan. 

wallahu alam.





Friday 8 February 2013

everything happened with reason. Allah adil.!^^

dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha penyayang.

hai assalaamualaikum.
just sikit je nak share hari ni. sikit je kot. kot lahh. hee
in shaa Allah 


ohh bila tengok junior junior kat sekolah dulu kat fb ke, mana mana lah kan, tanya u mana ok,
 tetiba teringat zaman zaman lepas dapat result dulu. piuuu
agak sedih. hehe tetiba. 

sangat jeles masa tu tengok kekawan yang lain dapat result ok. oh bukan xbersyukur, and bukan rasa result yang dapat tu teruk sangat. tak. tapi, agak sedih jugak lah. huhu pastu, bila tengok kekawan dapat terbang jauh jauh lagi, lagi lah jeles. huii sikit lah. xlah banyak sangat jeles tu. 
hehe 

tapi,

masa tu nama pun baru habis sekolah kan. pemikiran tu sangat sempit. ohh xcakap orang yang masih sekolah fikirannya sempit. huhu sorry x maksudkan macam tu. tapi aku je yang sempit sikit. 
huhu jarang terdedah dengan benda luar kan.

ok, bila dah matang sikit ni. *matang ke,?
hee matang lah jugak dari dulu, hehe
bila fikir semula, 
dalam hidup ni, semua orang ada jalan masing masing masing kan. 
ada yang jauh perjalanan nye, ada jugak yang jalan nye, oh pendek je, sekejap je dah sampai. kan kan.

maybe perjalanan hidup untuk aku kena ikut jalan berbukit bukit sikit. orang lain ikut highway.
kan kan.? satu hari nanti inshaa Allah sama sama akan sampai kat tempat yang sama kan. inshaa Allah.^^ and mungkin jugak xcukup usaha lagi macam orang lain kan.

everything happened with reasons kan. 
Allah bagi kita jalan yang berbukit bukit tu mesti ada reasons nye. kita manusia biasa ni xde hak apa apa nak tolak takdir yang Allah bagi kat kita.

tapi, kita kena ingat jugak, memang Allah dah takdirkan jalan hidup untuk kita kan, tapi,tapi lgi.. hee

"tidak ada sesiapa pun yang mampu corakkan hari esok melainkan diri kita sendiri..."

selit sikit ni..

hari tu, pergi satu motivasi dengan ina, sangat beruntung rasanya kami ni sebab xsemua dapat pergi. alhamdulillah. Allah nak tunjuk kat kami benda yang sangat bermakna kan. motivasi dengan abang raja shamri. dia suruh panggil abang raja je. huhu mesti ramai yang kenal kan. hehe sangat kuat orang nya, even hidup susah, kaki xada, tapi still kuat hadapi dugaan yang Allah bagi ni. 
g sekolah, kaki palsu masuk air.. sangat sedih. pstu sampai berdarah darah bagai. :')
teruja sesangat sebab dia sangat kuat. huhh

kalau nak tau, abang raja ni lahir sama tarikh sama waktu, (subuh lah maknanya) dengan baginda Rasulullah saw.
abang raja kata masa hari tu, masa dia pergi makkah kalau xsilap, kalau x silap lah..
ada sorang ni cakap kat abang raja, takkan ada manusia yang lahir sama waktunya dengan MUHAMMAD BIN ABDULLAH  yang dalam keadaan sempurna.

masa tu, semua yang dalam dewan tu terkedu. sebak semua ada lah. yang nangis teresak esak pun ada.
memang sedih kisah hidup abang raja ni. walau pun hidup dia serbe kekurangan, dia beruntung sebab ada hati yang kuat and xpernah mengalah. asyek asyek keluar dari mulut dia, life is easy, apa nak susah susah kan. huhhh sangat cool. kitorang beria nangis nangis dengar cerita dia, dia sempat buat lawak. hehe

ok, panjang pulak cite sal abang raja ni. hehe xpe lah.. asal dapat share pengalaman sikit dengan korang pasal abang raja kan. nak cakap pe yang abang raja cakap ni senar nye.


abang raja kata gini tau...

dia kata, kalau kita ni cakap sikit nak nangis, tengking sikit nak nangis, jangan mimpi lah nak dapat 4flat.
aku pun tergaru garu kepala, cuba nak paham lah konon. hehe
pastu abang raja sambung, 
yelah, macam mana Allah nak bagi kita berjaya, jadi doctor semua tu. 
sebab orang yang sukses ni semua nye cekal cekal belaka.
kalau lembek je, camne nak jadi doctor kan.? ylah, 
kau hengat doctor snang ke, kena maki hamun je kalau buat kerja lambat. kalau asyek nagis je camne nak jadi doctor. *abang raja kata lah.
hah aku terasa macam kena tumbuk tumbuk je batang hidung. hee terasa.

gitu lah kisah yang abang raja cakap.

aku pun terpikir balik. emm patut lah Allah xbagi aku dapat straight A dulu. ok aku terima. huhu Allah tak bagi sebab mungkin aku  tak mampu nak hadapi semua tu dengan keadaan yang rasional. bila pikir balik....
aku ni dah lah tak penyabar sikit. hee sikit ke,? banyak lahh.
sebab tuu Allah xbagi. bukan tanda Allah tak sayang. Allah tahu yang terbaik untuk kita.
yang kita mampu, buat apa yang kita mampu lah, selebihnya,
serahkan pada Allah swt. Allah knows well kan.
yang penting kita kena usaha lagi.

walaupun sekarang tengah runsing nak masuk u apa. u mana nak terima aku ni kan. 
kekawan semua dah masuk u yang best best, aku terkial kial lagi nak isi borang upu. huhu
tapi xmengapa lah...
yakin, Allah dah aturkan yang the best. sabar je. tawakkal. inshaa Allah Allah permudahkan.

begitulah...

so,
*pringatan kepada diri aku yang serba kekurangan ni*
nanti, bila tak dapat apa yang kita nak,
jangan putus asa.
cuba lagi.

Allah dah aturkan yang the best dah untuk kita. yakin tu!

ingat, kita tak dapat apa yang kita nak, tu ujian Allah.
tu medium kasih sayang Allah pada hambaNya.
setiap ujian yang datang tu pasti ada tarbiyah nya yang Allah nak tunjuk kat kita.
tapi,
jangan lupa pulak,
apa yang kita dapat tu pun ujian juga.
test, setakat mana kita mampu tahan rasa bongkak semua tu kan.^^
uishh takut takut.

"Maka apabila manusia ditimpa bencana dia menyeru Kami, kemudian apabila Kami berikan nikmat Kami kpdanya dia berkata,"sesungguhnya ini hanyalah kepintaranku." Sebenarnya, itu adalah ujian, tetapi kebanyakan mereka tidak mengetahui. (Az-Zumar:49)

nauzubillah..
"jauhkan kami dari golongan sebegitu ya Allah.
sebaliknya, Kau jadikan lah kami dari golongan dicintaiMu"
ameen ya rabbal alameen..

last but not least, eceh
ni antara tips nak raih cinta Allah..
lagi sekali peringatan untuk diri yang serba kekurangan. bukan sikit, tapi banyak ni.

1- " dan Allah mencintai orang orang yang sabar."(Al-Imran: 146)

2- "dan allah mencintai orang orang yang berbuat kebajikan."(Al-    Maidah: 93)

3-"sesunggunya Allah mencintai orang orang yang bertakwa."(at-Taubah: 7)

4-"sesungguhnya Allah mencintai orang yang bertaubat dan mensucikan diri."(Al-Baqarah: 222)

5-"sesunnguhnya Allah mencintai orang yang bertawakkal kepadaNya."(Al-Imran: 159)

6-" sesungguhnya Allah mencintai orang yang berlaku adil."(Al-Mumtahanah: 8)

7-"sesungguhnya Allah mencintai orang orang yang berperang di jalanNya.."(As-Saff: 4)

inshaaa allah kita sama sama usaha jadi hamba yang dicintai Allah.
^_^

untuk adik adik yang tengah tunggu result spm tu, jangan frust kalau x dapat straight A.
mesti ada hikmah semua tu.
ada jalan yang lagi baik untuk kita.
nanti pasti Allah permudahkan.^^
sesape yang dapat result ok tu, tahniah
huhu 

ok!
semoga apa yang kita buat, jadi ibadah di mata Allah.
Ameen.

^^
assalamualaikum.