Thursday 31 January 2013

akhlak sebaik rupa.^^

Dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha penyayang.

Assalamualaikum^^

alhamdulillah musim exam dah habis. busy pun  dah makin reda slow slow. alhamdulillah.^^ tawakkal kat Allah je yang tinggal. kita pengusaha, tapi Allah yang menguruskan. huhu

kisah Senah:

satu hari, senah keluar jalan jalan dengan kawan senah. ambil angin lah katakan.^^

bila dah penat jalan jalan, senah pun nak balik lah. tetiba senah terdengar ada suara perempuan beri salam.
senah pusing belakang, tengok sorang muallaf sedang memandang dia. senyuman di sebalik purdah nya jelas kelihatan.*walaupun berpurdah. ohh cantik sangat!

senah pun jawab. waalaikumsalam akak.^^
then, senah dengan muallaf tu pun rancak lah berborak. tanya belajar kat mana, tinggal manalah.
senah seronok dapat kawan baru, share pengalaman baru macam mana rasa bila masuk islam.

muallaf tu namanya humairah. ustazahnya yang selama ni bantu dia mencari jalan Allah yang cadangkan nama tu katanya. ustazah tu cakap nama tu sesuai dengan dia sempena kulit wajahnya yang putih kemerah merahan tu.^^ sangat cantik orang nya.

teiba, keluar satu soalan kat mulut senah ni.

Senah: k.humairah dah bape lama peluk islam ye?

k.humairah: hampir dua bulan.*sambil tersenyum kak humairah berbicara. sangat manis muka dia.

oh tiba tiba senah terasa lain macam. hati senah xsenang. gelisah.

k.humairah: kenapa senah? kak humairah nampak muka senah makin gelisah. tengok muka senah pun tahu.

senah cakap lah xde pape lah akak. sambil senyum yang nampak pura pura tu.

"Ingatlah, hanya dengan mengingati Allah hati akan menjadi tenang.."  (Ar-Rad: 28)

ayat tu keluar dari mulut kak humairah. senah pun apa lagi. lagi lah nak nangis, malu, semua ada. senah ni dari lahir dah bergelar umat islam. tapi, pakaian senah jauh beza dengan kak humairah. ayat Allah jarang sekali senah gunakan. tapi kak humairah, ayat Allah sentiasa dalam jiwa dia walaupun baru dua bulan kenal islam. :')

senah pun terdetik di hati nak tanya kak humairah satu soalan.

senah: err akak, macam mana akak boleh terdetik hati nak masuk islam?

kak humairah: senah,*sambil tersenyum.^^ semua ni petunjuk dari Allah, tanpa izin Allah akak takkan sampai ke tahap ni senah. akak tengok, islam ni sangat indah. bila akak kenal islam, hati akak sentiasa tenang. lagi pun agama islam ni sangat tersangat lengkap, sampai nak masuk toilet pun islam ajar. *senyum lagi akak ni. kalau agama akak dulu, x de ajar pun semua ni.

senah: emm aku yang dari lahir islam ni pun xpernah terfikir ke tahap toilet tu. tersa kerdil nye diri ni. malu dengan kak humairah. malu dengan Allah. then, senah pun cakap.

Senah: akak, senah malu dengan akak, dengan Allah. senah yang dari lahir kenal Allah pun xberpakain macam akak yang baru dua bulan kenal Allah.

"sesungguhnya, Kami telah menyediakan pakaian untuk kamu menutupi auratmu dan untuk perhiasan bagimu, tetapi pakaian takwa, itulah yang lebih baik...." (Al-A'raf:26)

sebaik baik pakaian adalah pakaian takwa bak kata kak humairah. ehh bukan kata kak humairah. tapi tu firman Allah swt.!

akhirnya, senah berusaha menjaga auratnya sebaik mungkin. bukan kerana kak humairah, tapi kerana Allah. Allah dan hanya kerna Allah.

ok, introduction sangat panjang. heee terlebih panjang.

sebenarnya, post ni nak cakap pasal auratttt. isu yang sangat hangat lah bagi saya untuk remaja remaja macam saya ni. 

mungkin ramai yang akan cakap, alah xsemestinya orang yang pakai tudung tu baik sangat, yang xpakai tudung tu xbaik. memang betul kenyataan tu. yelah hati masing masing Allah je yang tahu kan. 

tapi,

bukankah dah bertahun lamanya Allah turunkan AlQuran? menyeru semua manusia agar menutup auratnya.
kan kan. 

boleh jamin ke dengan hati tu kita boleh terselamat dekat akhirat nanti? atleast, kalau kita jaga aurat kita, kita dah terselamat dari melanggar hukum Allah tu.^^ inshaa Allah.

tapi, jangan lah pulak kita tutup aurat sebab orang lain yang suruh, sebab tengok orang lain pakai.
perubahan tu xkan kekal lama. sies. sebabnya, bukan niat kerana Allah...

ada situasi ni, seorang gadis ni ada sorang kawan lelaki yang baik. soleh lah. lelaki tu tegur dia supaya menjaga aurat, pakai sarung kaki, handsock. disebabkan rasa malu, si gadis pun mula menutup auratnya. tapi, perubahan tu x kekal lama. sebulan lepas tu mula lah terbukak balik aurat tu.

sebaliknya, kalau kita jaga aurat sebab taat akan perintah Allah, takut dengan azab Allah, ikhlas semata mata kerana Allah, inshaa Allah niat kita nak buat perubahan tu akan kekal dalam diri kita. sebab apa? sebab Allah redha. ^^

memang ramai yang cakap oh pakai tudung tebal panas, inner net panas, pakai handsock panas. macam macam alasan. tapi, kita kena ingat, Allah seru kita kita tutup aurat mesti ada sebabnya. tutup tanda kesuburan kita.^^ 

notetoself*,
tak susah pun. inshaa Allah. mula lah sikit sikit, pakai handsock dulu, inner net, stoking.^^
in shaa Allah lama lama nanti boleh tutup dengan sempurna. simpan untuk yang halal. hehe

thats all. semoga kita kita ni dapat jadi muslimah solehah.

......ya Allah, Kau perelokkanlah akhlakku, sepertimana Kau perelokkan rupa parasku......

semoga bermanfaat. ^_^ 

assalamualaikum.


Saturday 19 January 2013

"Sesungguhnya kehidupan dunia itu hanyalah permainan dan senda gurau, jika kamu beriman dan bertakwa, Allah akan memberi pahala kepadamu, dan Dia tidak akan meminta hartamu." (Muhammad:36)

ok, berdasarkan kalimah Allah kat atas ni, mulalah terasa nak share something.
sebelum tu, 

Dengan nama Allah yang MAHA PEMURAH lagi MAHA PRNYAYANG.

Assalamualaikum! ^_^

ok, tengok balik pada ayat Allah yang sweet tu..

permainan, ada kalah ada menang. tapi, tujuan permainan tu cuma satu.
untuk MENANG. kan kan. and sampai ke garisan PENAMAT!

dalam dunia ni, ada orang yang pandai, yang kurang pandai, ada yang lari laju, ada yang lari macam kura-kura, ada yang kaya, ada yang miskin. ada jugak yang cantik cantik, hensem hensem. tapi, ada jugak yang biasa biasa jelah rupanya.

haa, semua orang ada lebih nya sendiri kan. tapi, semua kelebihan tu Allah yang bagi. semua tu berbalik pada kuasa Allah swt. ^^ ALHAMDULILLAH.

tapi.

Allah bagi kta semua tu sebab apa?
sebab kita sedang bersaing! bersaing dalam permainan dunia.

semua tengah bersaing nak sampai ke garisan penamat tu.
AKHIRAT!

orang kaya, orang miskin ke, tetap sama. bezanya memang lah sorang banyak duit, sorang pokai. tapi,ujian yang Allah tetapkan dalam permainan ni sama je, ujian menjaga iman. orang kaya ujian nye tahan nafsu, orang miskin pulak ujian nye, kesusahan kan. ^^

hee mesti semua pening baca kan.
point kat sini cuma satu, kita hidup, bukan untuk bahagia kat dunia je, tapi untuk dapat redha Allah. sebab tu lah Allah turunkan ayat tu kat kita. bagi kita kita ni sedar yang kita tengah bersaing nak dapat redha Allah. bukan pkir pandangan manusia je.

yelah, kalau kita ni orang susah, mesti orang pandang kita rendah je. tapi, orang orang kaya ni, orang pandang punya lah tinggi. orang kaya datng kampung siap bentang capet merah lagi, cer kalau orang susah, orang bukan kata nak bentang capet merah. nak pandang pun x kan.

konklusion nye, notestoself*
nak menang dalam persaingan, kena tambah usahakan, so, kalau nak menang di mata Allah. kita kena lah usaha dekatkan diri pada Allah. dekatkan macam mana tu?

bak kata sorang senior den yang sangat den respect ni.
specifickan masa untuk ibadah kepada Allah even busy sangat pun.

"Allah beli masa dengan ganjaran syurga.. xnak ke?"

hee semangat dengar ayat tu.

soo, kita kita ni tambahlah usaha untuk menang dalam permainan ni. ganjaran bagi sape yang menang, SYURGA....... :')

in shaa Allah
kita jaga iman sebaik baik nya.

jangan hiraukan pandangan manusia, yang menilai amalan cuma Allah. Allah and Allah.
xde orang yang layak nak nilai kita melainkan Allah kan. kan kan. ^^

ok!
post ni cuma untuk peringatan diri sendiri and yang lain.^^
semoga Allah redha, and apa yang kita buat ni, jadi ibadah di mata Allah.
in shaa Allah.

hehe thats all untuk kali ni.
alhamdulillah. and assalamualaikum! ^^


Wednesday 2 January 2013

fitrah manusia. :)

dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha Penyayang.

first assalamualaikum. ^^

walaupun a little bit busy sekarang. tapi, ada something yang agak bermakna untuk di'share'..hehehh

fitrah hidup senah:

Senah:

 sebenarnya, hidup senah memang di kelilingi oleh orang orang yang sangat ambek berat, sentiasa concern pasal kawan kawan. *sies! 
tapi, selama ni senah rasa dia bukan concern!, tapi, menyemaklah, serabutlah, asyek nak tengok salah orang lah, asyek membebel je.
aduhai.. busuknya hati aku ni*

tiap tiap hari, mesti ada yang tegur. " eiiyy awak ni asyek makan burger je, makan lah benda lain plak.." 
--> and dalam hati senah mesti cakap, "sibuk je budak i. suka hatilah nak makan apa pun! dush 
tengok, betapa teruknya plus busuknya hati ni. x suka betul bila kena complain. ish ish ish.

satu malam, makin bertambah pulak bebelan si dia ni. sabaq sabaq.--'
serabut x terkata dah dalam hati ni. 

kawan kawan lain semua tegur, eh awak kenapa senah?. nape muka macam tempoyak basi je ni.?* hee buruk sangat ke tempoyak basi? maksudnye, sangat buruklah muka daku ketika itu. haiya...*buruklah muka senah masa tu. hehe

senah sangat tension! senah nanges macam nak tercabut dah mata sebab pikir dia yang menguji kesabaran tu.
sampai dia tu pun takut nak tegur senah. *senah sedar rupanya.
dia senyap je. tetiba, disebabkan senah sedar dia berasa something, senah pun pikir, nape senah rasa macam ni ekh. -__- everything happened with reasons kan! tapi apa hikmah Allah temukan orang yang sangat menyakitkan hati senah ni.?

pikir! pikir! pikir lagi!

dulu, senah kata senah nak berubah kan.? yes, i got it. Allah sangat sweet. ^^ sebenarnya, Allah pertemukan senah dengan dia tu sebab Allah nak uji senah!
ye, itu dia. Allah sedang menguji.
Senah kata nak berubah.

" nak berubah kena start dengan hati duhai senah, bukan setakat mula dengan pakai handsock, tudung dah xjarang, tapi, mula dengan HATI! "

Allah nak tunjuk kat senah, ingatkan senah yang NAK BERUBAH MESTI MULA DENGAN HATI. 
nak berubah macam mana kalau hati still busuk. pakai tudung bawah bahu, aurat tutup lingkup, complete pasal aurat, tapi HATI ni tiap masa nak berdengki dengan orang lain kan.

Allah bagi mesej kat senah melalui pertemuan dengan orang yang senah x suka. Allah tujuk kat senah yang apa apa mesti mula dengan hati. 

apa salah nya, kita tukar perkataan bebelan tu kepada nasihat ke, kadang kadang memang lah bahasa dia tu agak menyakitkan. tapi, think positive k!

senah pun sedar salah senah tu. senah rasa menyesal sangat sebab selalu x puas hati dengan si dia tu. 
sebenarnya, dia sangat baik, sentiasa ambek berat pasal kawan kawan. cuma caranye je yang agak kasar.
*biasalah, semua orang ada cara masing masing kan.

senah pun mintak maaf lah kat si dia.

"dearest AWAK, i'm sorry for all ok. 
:) ukhwah fillah."
-senah.

akhirnye, hubungan senah dengan si dia makin baik, and terasa indah je. senah dapat macam macam dari si dia. bebelan..(X) ----> *nasihat dia sangat membantu senah sebenarnya.

conclusion. always baik sangka dengan semua k. walau sedasyat mana ayat nye, pasti ada maksud tersirat yang Allah nak sampaikan kat kita kan. 
in shaa Allah. ^_^

thats all:))

salamualaikum. ^^