Tuesday 20 November 2012

Indahnya apa yang islam ajar. ^^

Assalamualaikum. ^^
 

"Siapa yang cari, dia yang jumpa." setuju  kan.
 sama lah kan bagi siapa yang cari keredaan Allah, diorang lah yang akan jumpa kebenaran-kebenaran tu.

setelah saya cari cari and cari, barulah saya dapat sesuatu dalam hidup yang sepatut nya dah lama saya ikut, tapi sayang, dulu fikiran macam budak budak. asyik fikir nak happy happy je. hehe tak terfikir pun yang mana betul betul kena ikut. Alhamdulillah, hidayah Allah. Akhirnya jumpa apa yang dicari. so sweet plan Allah kan. kita cari, kita jumpa.

kita semua tau yang setiap apa yang Islam aturkan semuanya indah indah belaka, flow nya pun cantik cantik. sweet je kan apa yang Islam anjurkan. Tapi sikit sekali di kalangan kita kita ni yang betul betul ikut kan. including me. kita buat and ikut apa yang kita suka, tapi tak semestinya apa yang kita buat tu baik baik belaka kan.

macam firman Allah swt,

"..boleh jadi kamu tidak menyenangi sesuatu padahal itu baik untukmu, dan boleh jadi kamu suka sesuatu, padahal itu tidak baik untukmu. Allah maha Mengetahui sedang kamu tidak mengetahui." (Al-Baqarah:216)

ok entry ni nak cakap pasal cinta lepas nikah sebenarnye.^_^ sweet sweet sweet.
terfikir nak tulis pasal ni sebab baru lepas tengok video ustazah fatimah syarha, cerita kisah beliau dengan suami yang mana berkenalan cuma dalam satu minit. *melalui sekeping kertas, just tengok biodata masing-masing. bila dengar rasa sweet sangat. Serious jelous sangat sangat! huhu teringin nak rasa kesweetan macam tu. inshaAllah. *yang penting kena banyak berdoa kan.

tapi, zaman sekarang ni ramai tak ikut anjuran Islam tu, emm mungkin termasuk si penulis ni.
padahal, bercinta sebelum nikah tu tak pernah pun wujud dalam Islam. memang dalam Islam ada sesi taaruf. mungkin ada yang salah tafsir masa ber'couple' tu la nak berkenalan nya. diri ni pun tau pasal tu, tapi tak pernah cuba nak mendalami pun sebelum ni.

Islam anjurkan cinta lepas nikah tu mesti ada sebab. ok, memang bila bersweet sweet masa bercinta ni memang best, tapi kita tak pernah nikah lagi, mana kita dapat beza kan mana yang lagi sweet kan. mestilah cinta lepas nikah tu lagi sweet. sebab.... semuanya dah halal.

cuba bayangkan situasi ni....

sebelum nikah, first time jatuh hati: "awak sihat? hari ni dah makan belum?" amboi caring nya. hehe
mesti rasa: oohh best nya, ada orang care. jaga kesihatan kita. hehe
tapi, tu terbatas setakat tu je. kalau dah nikah... bila tu la first time kita dengar dari si suami mesti la tersangat sangatlah happy. sweet^^
*ni situasi biasa je. hehee no idea

nak yang lain. bayangkan yang ni pulak.
sebelum nikah si dia tu dah tahu dah semua pasal kita, suka makan apa, suka buat apa, warna apa, emm bila dah nikah, nothing yang perlu tau dah. kan xbest. tak sweet. hee

pastu yang ni..
ni mungkin hujah yang kukuh sikit.hehe
cuba bayangkan, sebelum bernikah, si dia tu dah berani nak berhubung dengan kita.*anak dara orang. tak mustahillah bila dah nikah dia akan berhubung dengan anak dara orang pulak. dulu dulu si dia berani je nak ber'fb' 'fb' la dengan kita. bila dah nikah, jangan jelous bila si dia buat kat orang lain pulak. hehe tu situasi bila bernikah dengan orang yang kita bercinta sebelum nikah.

tapi, kalau kita nikah dengan orang lain...
macam ni pulak, dulu kita pernah love love* la dengan orang lain. bila dah nikah. uish ak sweet nya sebab bukan suami kita yang jadi orang pertama. :'(


sebab tu la Islam anjurkan cinta lepas nikah. bukti yang setiap apa yang Allah anjurkan untuk hamba-hambaNya tu sweet sweet belaka. indah je. bila indah, makna nya tenang je kan. :')

berbezakan rasa bila cinta sebelum and selepas nikah ni.

firman Allah swt, maksudnya:

"Tidaklah sama yang buruk dengan yang baik, meskipun banyaknya keburukan itu menarik hatimu, maka bertakwalah kepada Allah wahai orang-orang yang berakal sihat, agar kamu beruntung." (Al-Ma'idah:100)

ni notes untuk diri sendiri. ubah diri dari kesilapan yang lalu. belajar sabar. Sungguh, Allah amat sayangkan hambaNya yang bersabar. :') Allah maha Pengampun maha Penyayang.

seharusnya, sebelum kita jalinkan hubungan dengan mana-mana manusia, kita mesti letak cinta kita yang teragung hanya untuk Allah kan. Allah Allah dan hanya Allah, pastu rasulullah. then, untuk ibu and abah. kalau dah nikah, tempat ketiga tu bertukar la jadi suami. huhu bagi lelaki ni kekal la ibu bapa.. ^^

bila bercinta ni, mesti la si dia harap kita dapat jaga dia macam menatang minyak yang penuh. eceh. hehe tapi, bila bercinta Allah, Allah yang lindung kita. cinta dengan manusia, apa yang kita harap tak semestinya dapat tapi, cinta dengan Allah, mintaklah apa-apa pun. comfirm dapat nya la. kan kan?

kita cintakan Allah, Allah pertemukan kita dengan orang yang baik, orang yang juga letakkan Allah cinta yang teragung. InshaAllah. tapi kalau kita cinta manusia lebih dari Allah, manusia tak menjamin kita dapat cinta Allah pun kan. bahkan makin lalai ada lah kan.

so, nasihat untuk diri sendiri supaya tahan nafsu, jaga iman. inshaAllah satu hari nanti Allah akan pertemukan dengan orang yang soleh dan solehah. jodoh tu dah tertulis,tak perlu cari, satu hari nanti akan dipertemu kan. insyaAllah.

"..sesungguhnya ssegala urusan itu di tangan Allah.." (al-Imran:154)

tugas kita sekarang cuma mensolehkan dan persiapkan diri sebaik baiknya supaya bila dah dipertemukan dengan jodoh, kita dah bersedia nak menjaga masjid yang dibina tu sekukuhnya hingga ke syurga. ^^ ameen.

nanti boleh jadi sesweet Rasulullah saw dengan saidatina Aisyah r.a. main kejar kejar. makin daging yang sama sehingga bertemu bibir mereka masing-masing. ^^ soo sweeet.

insyaAllah..
bersabarlah duhai hati....

Sunday 18 November 2012

Renungkan, bezakan kita dengan rakyat palestin..

Bismillahirrahmanirrahim.

assalamualaikum warahmatullah. ^_^


Saya bukan orang melayu, saya bukan seorang pelajar, tapi saya seorang hamba Allah. Hamba Allah. Hamba Allah. Yang mempunyai saudara sesama muslim.

Alhamdulillah, hari ni dapat lagi bernafas dengan nikmat oksigen yang Allah kurniakan. Alhamdulillah. alhamdulillah.alhamdulillah. syukur.

kita still boleh bangun pagi dengan keadaan yang aman damai.
masih boleh pergi kelas dengan rasa selamat, xperlu menyorok ke mana-mana pun. Alhamdulillah kan.

tapi, bila bayangkan saudara kita kat Gaza, jauh beza keaadaan mereka dengan kita. Bangun dalam keadaan yang takut takut diserang israel laknatullah. tu pun kalau sempat tidur. tapi hati mereka tetap kuat. kuat sangat nak dibandingkan dengan kita kat sini. sedang kita tidur lena dibuai mimpi, mereka kat sana berusaha mempertahankan agama Allah. kita? bukan kata nak pertahankan agama Allah, solat subuh pun kadang-kadang dah nak naik matahari. including me. :'( Apatah lagi nak solat subuh berjemaah kan. Astagfirullah..

sedangkan... yahudi tu amat takut bila bilangan jemaah subuh sama bilangannya dengan jemaah solat jumaat. * tu tanda kemenangan Islam mkin hampir dan mereka akan menanggung kekalahan. Tapi, bilangan jemaah subuh tinggal berapa kerat je sekarang. Solat subuh berjemaah tanda kekuatan umat Islam. Ternyata kita still belum bersatu padu nak tegakkan agama sendiri, bantu saudara-saudara kita yang tengah bertarung nyawa kat sana. Syahid mereka kat sana. Husnul Khatimah. :)

" Dan janganlah kamu menyangka mereka yang gugur syahid pada jalan Allah itu mati, mereka tidak mati bahkan mereka hidup secara istimewa di sisi tuhan mereka dengan mendapat rezeki." (al-Imran:169)

sabda Rasulullah s.a.w, maksudnya:

"janganlah kamu mandikan mereka kerana setiap duka dan darah itu adalah semerbak di hari kiamat....."

Tapi kita, mungkin ada yang dalam keadaan hitam muram wajahnya. takut, takut sangat.


Kita yakin dengan janji Allah, satu hari nanti Islam akan kembali bangkit, tapi apa sumbangan kita. Semoga kita dapat berfikir dengan akal. Bukan dengan nafsu. ^_^ saudara-saudara kita perlukan kita walaupun cuma  doa.

berdoa agar Allah turunkan tentera-tenteranNya untuk hapuskan Israel laknatullah.
Ameen ya rabbal alameen.

"..kobarkanlah semangat orang-orang yang beriman untuk berperang. Mudah mudahan Allah mematahkan serangan orang-orang kafir itu...." (an-Nisa' :84)