Friday 18 April 2014

Allah dengar, Allah perhati.

In the name of Allah swt.

Hai Assalamualaikum warahmatullah.
Salam Jumaat, salam penghulu segala hari.

Alhamdulillah ala kulli nikmat.

Yes, NIKMAT.

Alhamdulillah ala kulli nikmat. :)

*sekadar perkongsian rasa bahagia dalam hati*

Lepas selesai solat zohor tadi, macam biasa akan dibuat rutin harian,
iaitu, baca Al-Quran.


Bila kita baca Al-Quran, Allah sedang berkata-kata dengan kita.
Aku yakin tentang tu.
cuma,
Tak semua cuba untuk menghayati kata-kata Allah untuk kita.

Tapi,

Tiba tiba terdetik dalam fikiran aku tadi.

Aku memang yakin Allah sedang berkata dengan aku, cuma sejauh mana aku menghayati surat cinta Allah.
Yakin
Yakin
Yakin.

And aku sebagai hamba Allah yang kerdil dan penuh dengan dosa, 
dengan rendah dirinya berkata dalam hati:

"Ya Allah, aku yakin Kaulah Tuhan yang maha Mendengar,
maha Mengetahui segala isi hati. Aku yakin ketika ini kau sedang memerhatikan aku, 
sedang berkata kata dengan aku memalui surat CintaMu. Maka, Kau tunjukkanlah KekuasaanMu Ya Allah.
Ya Allah, Kau perlihatkanlah aku ayat yang menguatkan keyakinanku tentang nikmatMu.
Ayat yang menerangkan betapa banyaknya NIKMAT yang telah kau berikan tetapi,
sedikit sekali golongan yang BERSYUKUR. Ameen."

Then, aku tutup mata, pilih helaian Quran yang nak diselak dengan penuh harapan yang sangat tinggi.

Helaian yang pertama:

ayat itu menerangkan tentang nikmat, tetapi Allah menceritakan tentang 
Nikmat yang Allah berikan kepada tentera Perang Khandaq ketika mana Allah membantu mereka
dengan menyediakan bala tentera kepada mereka.
*tak take note surah apa & ayat berapa*

Helaian yang kedua juga ada menceritakan tentang nikmat, 
Tapi tidak dinyatakan tentang sedikit segali golongan yang bersyukur.

helaian ketiga dan seterusnya, ada yang diceritakan tentang nikmat and ada juga yang tak.

Bila sampai kali ketujuh helaian dipilih,
Subhanallah.
Menitis air mata aku.



(SURAH AN-NAML:73-75)

Ya Allah, bertapa Kau maha Mendengar, maha Memerhati.
Al-quran sebagai surat cinta Engkau terhadap hambaMu.

Subhanallah
Subhanallah
Subhanallah

"Dan sungguh, Tuhanmu benar-benar memiliki karunia (yang diberikanNya)
kepada manusia, tetapi kebanyakan mereka tidak mensyukurinya.

Dan sungguh, Tuhanmu tahu apa yang disembunyikan dalam dada mereka
dan apa yang mereka nyatakan.

Dan tidak ada sesuatu pun yang tersembunyi, di langit dan di bumi, 
melainkan tercatat dalam kitab yang jelas, (Lauh Mahfuz)."

(An-Naml:73-75)

Ya Allah, betapa benarnya Allah dengar apa yang kita luahkan kepadaNya.

Allah tunjukkan nikmat ni dekat aku. Alhamdulillah sangat sangat sangat.
tak terkata macam mana bahagianya aku bila Allah perlihatkan aku nikmat macam ni.
Subhanallah.
Alhamdulillah.

Allah tak tunjuk dekat helaian yang pertama, tapi
Allah slow slow terangkan dekat aku tengtang nikmat.
sampailah kali ketujuh aku pilih helaian.

Mungkin, Allah nak bagi aku nikmati n hayati kenikmatan Allah tu,
thats why sampai kali ketujuh baru Allah tunjukkan apa yang aku nak Allah perlihatkan.
bukan just tunjuk apa yang aku nak,
tapi Allah ingatkan aku melalui ayat 74 & 75,

"Allah mengetahui segala yang ada dalam dada manusia, sama ada disembunyikan atau dinyatakan"

Subhanallah.

Nikmatnya apa yang aku rasa hari ni. subhanallah.
segala puji bagi Allah yang maha Kuasa.

Alhamdulillah ala kulli nikmat ya Rabbi. :')

sekadar perkongsian, dengan harapan keyakina & keimanan tengtang kuasa Allah dapat ditingkatkan.

Wallahualam.

Semoga setiap apa yang dilakukan, diperkatakan akan dinilai sebagai ibadah di mata Allah.

semoga bertambah kesyukuran dengan NIKMAT Allah.
Assalamualaikum readers! :)
*walaupun takde readers sangat pun. haha*


sorry, semua gambar curi kat pakcik Google. :p








Thursday 10 April 2014

Kuatkan langkahku ya Allah. :')

10 Jamadil Awal 1435H

In the name of Allah. :)

Alhamdulillah, genap 20 tahun aku hidup, menumpang di bumi Allah.

Terfikir sejenak dua jenak tiga jenak, ya Allah
dah 20 tahun aku hidup.

tapi,

Amal aku mungkin tetap kurang dari dosa. 
sedangkan nikmat yang Allah bagi sepanjang 20tahun ni tak terkira.

aku membayangkan Sultan Al-Fateh.
jauhnya peribadi nak sampai tahap tu.

Ahmad Ammar sekalipun. 
terlampau jauh.
kecik sangat aku.


Apa yang dah aku korbankan untuk jalan Allah.
tegakkan nama Allah?

astagfirullah. 

baru kena pergi daurah, bertindih dengan assignment yang banyak dah berat hati.
teruknya aku. :'(

mungkin, aku kena ubah pendirian, 
ubah perlakuan, matangkan diri,

berani untuk berpindah ke zon berkorban.
20 tahun aku hidup dalam zon selesa. tanpa memikirkan sumbangan aku untuk agama Allah.

muhasabah diri.




setiap langkah menuju jalan Allah, akan diberi ganjaran pahala.

Semoga Allah kuatkan langkah aku dalam jalan dakwah.

semoga Allah jaga aku dari kembali futur, jaga aku dari kembali ke jalan yang leka dari mengingatiNya.

wallahualam.







Monday 17 February 2014

Aku merancang, Allah meranjang. Tapi perancangan Allah tiada tandingan

In the name of Allah.
Permulaan sem 2. permulaan yang boleh kata baik. Alhamdulillah,
cuba nak biasakan diri dengan jadual baru.

hari ni nak cerita, bukan cerita maybe lebih kepada luahan.
takde viewer kan. hihi

***************************************************

NIKMAT ALLAH.

subhanallah, bila sebut je rasa sayu je hati.

ceghitanyaa,
baru baru ni dapat result sem1. huih
result yang boleh kata tak berapa menyedapkan hati lah.


Sedih?
semestinya. siapa je yang hadapi benda ni mesti sedih. 
Tapi, 
kalau semua ni tak jadi, sampai bila bila kita takkan sedar.
bila-bila masa Allah boleh tarik nikmat yang ada dalam diri kita.

dolu dolunya, boleh dikatakan apa yang ditarget, alhamdulillah tercapai.
tapi kali ni, sangatlah menyayat hati.
*kesat air mata*hihi

tapi aku sedar,
kalau aku terus dapat nikmat tu, sampai sekarang aku takkan rasa macam mana orang lain rasa.
aku takkan faham macam mana yang betul betul erti SYUKUR.

ini semua peringatan untuk aku. and mungkin untuk yang lain juga.

PERINGATAN.

yang aku makin lama makin jauh dari Dia.
Allah nak aku kembali sujud yg betul betul terkesan.

Allah nak ingatkan aku dekati n hayati akhirat.
kalau aku terlampau sedih dengan result aku bermakna aku terlampau mengejar dunia,
sedangkan Allah uji aku sedemikian untuk aku ingat akhirat.

Allah juga nak ingatkan aku supaya bersyukur.
mmg betul, kalau tak bersyukur,
bila bila Allah akan tarik nikmat.
mungkin sebab utama aku tak reti nak bersyukur.
padahal nikmat Allah tu melimpah ruah dah kan.


******************************************

Ada masa, semua ni buat aku termenung sendiri,
apa nasib aku nanti.

Tapi, alhamdulillah,
aku sedar rezeki Allah tu ada kat mana mana.

dengan ada masalah masalah sampingan kecil yang datang.
*semua salah aku, terlampau fikir benda yang tak patut*

buat aku rasa tak kuat.

tapi, 

Allah yang bagi kekuatan kat aku.
naikkan balik semangat yg dah jatuh tu.
Alhamdulillah.

ye, mmg aku tak kuat, tapi Allah yang buat aku kuat.

****************************

satu malam, aku menangis macam apa tah sebab terlampau fikirkan hal duniawi ni.

tapi,bila aku fikir,
Allah ada yang lagi baik untuk aku.
Allah ada jalan yang lagi manis untuk hidup aku.

esoknya, subhanallah. tersangatlah tenang.
Rasa besarnya Rahmat Allah untuk aku.

betul, manis sangat hidup bertuhan.
rasa syok sgt kat hati ni.
tak peduli dah masalah yang datang tu.

*******************************************

lagi satu, 
ada sorg kawan aku yang tersangatlah baik pesan,

"ni semua ujian Allah.
jadikan semua tu peringatan untuk kita bangun semula,
bukan sebagai penjatuh semangat."

yup, aku setuju & aku syukur sebab aku ada kawan yg sentiasa mengingatkan.
selalu ada time susah senang aku. 
alhamdulillah.

hm, and baru kenal juga mana satu kawan yang betul betul kawan.
takpe, hadirnya seseorang tu kan ada hikmahnya.
semua ni bagi pengalaman & pengajaran yg besar untuk aku.

last, mungkin. ni lah masa yang sesuai untuk aku baiki iman aku & kekalkannya.
sebab ujian itu rahmat. :)

semangat baru, inshaa Allah.
usaha sehabis baik nak baiki diri.

Ameen.

*********THE END*********