Thursday, 31 January 2013

akhlak sebaik rupa.^^

Dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha penyayang.

Assalamualaikum^^

alhamdulillah musim exam dah habis. busy pun  dah makin reda slow slow. alhamdulillah.^^ tawakkal kat Allah je yang tinggal. kita pengusaha, tapi Allah yang menguruskan. huhu

kisah Senah:

satu hari, senah keluar jalan jalan dengan kawan senah. ambil angin lah katakan.^^

bila dah penat jalan jalan, senah pun nak balik lah. tetiba senah terdengar ada suara perempuan beri salam.
senah pusing belakang, tengok sorang muallaf sedang memandang dia. senyuman di sebalik purdah nya jelas kelihatan.*walaupun berpurdah. ohh cantik sangat!

senah pun jawab. waalaikumsalam akak.^^
then, senah dengan muallaf tu pun rancak lah berborak. tanya belajar kat mana, tinggal manalah.
senah seronok dapat kawan baru, share pengalaman baru macam mana rasa bila masuk islam.

muallaf tu namanya humairah. ustazahnya yang selama ni bantu dia mencari jalan Allah yang cadangkan nama tu katanya. ustazah tu cakap nama tu sesuai dengan dia sempena kulit wajahnya yang putih kemerah merahan tu.^^ sangat cantik orang nya.

teiba, keluar satu soalan kat mulut senah ni.

Senah: k.humairah dah bape lama peluk islam ye?

k.humairah: hampir dua bulan.*sambil tersenyum kak humairah berbicara. sangat manis muka dia.

oh tiba tiba senah terasa lain macam. hati senah xsenang. gelisah.

k.humairah: kenapa senah? kak humairah nampak muka senah makin gelisah. tengok muka senah pun tahu.

senah cakap lah xde pape lah akak. sambil senyum yang nampak pura pura tu.

"Ingatlah, hanya dengan mengingati Allah hati akan menjadi tenang.."  (Ar-Rad: 28)

ayat tu keluar dari mulut kak humairah. senah pun apa lagi. lagi lah nak nangis, malu, semua ada. senah ni dari lahir dah bergelar umat islam. tapi, pakaian senah jauh beza dengan kak humairah. ayat Allah jarang sekali senah gunakan. tapi kak humairah, ayat Allah sentiasa dalam jiwa dia walaupun baru dua bulan kenal islam. :')

senah pun terdetik di hati nak tanya kak humairah satu soalan.

senah: err akak, macam mana akak boleh terdetik hati nak masuk islam?

kak humairah: senah,*sambil tersenyum.^^ semua ni petunjuk dari Allah, tanpa izin Allah akak takkan sampai ke tahap ni senah. akak tengok, islam ni sangat indah. bila akak kenal islam, hati akak sentiasa tenang. lagi pun agama islam ni sangat tersangat lengkap, sampai nak masuk toilet pun islam ajar. *senyum lagi akak ni. kalau agama akak dulu, x de ajar pun semua ni.

senah: emm aku yang dari lahir islam ni pun xpernah terfikir ke tahap toilet tu. tersa kerdil nye diri ni. malu dengan kak humairah. malu dengan Allah. then, senah pun cakap.

Senah: akak, senah malu dengan akak, dengan Allah. senah yang dari lahir kenal Allah pun xberpakain macam akak yang baru dua bulan kenal Allah.

"sesungguhnya, Kami telah menyediakan pakaian untuk kamu menutupi auratmu dan untuk perhiasan bagimu, tetapi pakaian takwa, itulah yang lebih baik...." (Al-A'raf:26)

sebaik baik pakaian adalah pakaian takwa bak kata kak humairah. ehh bukan kata kak humairah. tapi tu firman Allah swt.!

akhirnya, senah berusaha menjaga auratnya sebaik mungkin. bukan kerana kak humairah, tapi kerana Allah. Allah dan hanya kerna Allah.

ok, introduction sangat panjang. heee terlebih panjang.

sebenarnya, post ni nak cakap pasal auratttt. isu yang sangat hangat lah bagi saya untuk remaja remaja macam saya ni. 

mungkin ramai yang akan cakap, alah xsemestinya orang yang pakai tudung tu baik sangat, yang xpakai tudung tu xbaik. memang betul kenyataan tu. yelah hati masing masing Allah je yang tahu kan. 

tapi,

bukankah dah bertahun lamanya Allah turunkan AlQuran? menyeru semua manusia agar menutup auratnya.
kan kan. 

boleh jamin ke dengan hati tu kita boleh terselamat dekat akhirat nanti? atleast, kalau kita jaga aurat kita, kita dah terselamat dari melanggar hukum Allah tu.^^ inshaa Allah.

tapi, jangan lah pulak kita tutup aurat sebab orang lain yang suruh, sebab tengok orang lain pakai.
perubahan tu xkan kekal lama. sies. sebabnya, bukan niat kerana Allah...

ada situasi ni, seorang gadis ni ada sorang kawan lelaki yang baik. soleh lah. lelaki tu tegur dia supaya menjaga aurat, pakai sarung kaki, handsock. disebabkan rasa malu, si gadis pun mula menutup auratnya. tapi, perubahan tu x kekal lama. sebulan lepas tu mula lah terbukak balik aurat tu.

sebaliknya, kalau kita jaga aurat sebab taat akan perintah Allah, takut dengan azab Allah, ikhlas semata mata kerana Allah, inshaa Allah niat kita nak buat perubahan tu akan kekal dalam diri kita. sebab apa? sebab Allah redha. ^^

memang ramai yang cakap oh pakai tudung tebal panas, inner net panas, pakai handsock panas. macam macam alasan. tapi, kita kena ingat, Allah seru kita kita tutup aurat mesti ada sebabnya. tutup tanda kesuburan kita.^^ 

notetoself*,
tak susah pun. inshaa Allah. mula lah sikit sikit, pakai handsock dulu, inner net, stoking.^^
in shaa Allah lama lama nanti boleh tutup dengan sempurna. simpan untuk yang halal. hehe

thats all. semoga kita kita ni dapat jadi muslimah solehah.

......ya Allah, Kau perelokkanlah akhlakku, sepertimana Kau perelokkan rupa parasku......

semoga bermanfaat. ^_^ 

assalamualaikum.


4 comments:

  1. uhuuukk :') hheee (Y)asal rasee mcm kne tampaa ni? haha btw,thanks zue :)) sgt2 bermknaa ^^

    by : PB ;D

    ReplyDelete