Tuesday 22 October 2013

Ada ketika, untuk tenang, kita perlu menangis.



Sabda Rasulullah saw,

" Dua titisan air yang Allah cintai, darah para syuhada' , dan air mata kerana takutkan Allah."

Allah Allah Allahu Rabb.

Kita manusia, selalu leka.
Titisan air mata yang dikeluarkan sangat merugikan,
apatah lagi mendapat ketenangan.

Sebab apa?

Kerana,
Setiap titisan itu bukan kerana Allah.
Jiwa jadi lesu.
Hati mula diliputi bintik hitam.

sedangkan,

"Dan ingatlah, hanya dengan mengingati Allah hati akan menjadi tenang."

Bila kita buat sesuatu kesalahan,
perasaan resah itu wujud.
maka, menangislah dengan rasa takut kepada Allah.
ketenangan tu datang dengan sendirinya.

Itu lebih baik berbanding,
melakukan kebaikan yang diikuti dengan rasa bangga, takbur.

Bila kita kecewa dengan ujian hidup,
hidup penuh dengan tangisan kesedihan,
maka, suburkanlah tangisan itu dengan mengingati Allah.
Ketenangan itu pasti datang.

kerana,
itu janji Allah dalam surat cinta-Nya.

Tak perlu ketawa untuk hilangkan kesedihan.
sedangkan ketawa itu membawa kepada amarah.
cukup dengan senyum dan syukur dengan nikmat Allah sebelumnya.

Allah Allah Allah.

Sabda Rasulullah saw,
" Sekiranya kamu tahu apa yang aku tahu, maka kamu akan lebih banyak menangis berbanding ketawa."

maka menangislah kerana Allah.

menangis mengenangkan dosa yang menggunung.
menangis kerana terlalu besar nikmat Allah yang kita rugikan.
menangis kerana Rasulullah yang diampunkan lebih banyak menangis.
menangis kerana sahabat yang dijanjikan syurga lebih banyak menangis.
sedangkan kita yang banyak dosa, apatah lagi syurga.

menangis kerana sedar bahawa mati itu ada di belakang,
tapi,
dosa menggunung, amalnya kurang.
mengenangkan betapa sempitnya kubur.
mengenangkan bakal dicampak ke dalam api neraka.

Allahu rabbi.

Ampunkan kami ya Allah.



"sebaik baik kesedihan adalah yang mengenangkan dosanya"

wallahu alam.
peringatan untuk diri ini.
supaya mencari ketenangan dengan mengingati Allah.
menangis kerana Allah.

semoga Allah redha.
semoga setiap yang dilakukan dikira Ibadah di mata Allah.

Assalamualaikum. :')














No comments:

Post a Comment