Friday 28 December 2012

Allah pinjamkan kita bumi ni untuk apa??

Dengan nama Allah yang maha Pemurah lagi maha Penyayang. ^^

alhamdulillah alhamdulillah alhamdulillah.
akhirnya sampai jugak kat rumah tercinta ni. 
jumpa ibu and abah tercinta. akak and adik adik yang ciut miut. hehe

First balik after masuk sem dua kan, terover seronok lah pulak.. hehehh so, terdetik lah jugak nak update blog yang dah berabuk ni. just nak share something for those yang berminat nak baca, apa yang saya dapat sepanjang sebulan lebih masuk sem dua ni kan. ok introduction terlebih~~ hee

kisah minah:

minah ni student matriculation tau! *bila dengar matrik student je mesti terbayang susah, penat, lelah, sibuklah. macam macamlah yang terlintas bila dengar pasal matrik ni kan. kelas start lapan pagi habis lima petang. haiya macam macam. hehe 

rutin harian minah:

bangun pagi pukul 6, kalau baik sikit bangun pukul lima, bersiap siap, pukul lapan dah kena g lecture kan. balik pukul lima petang, bersiap siap lagi, sampai lah malam nye, 
malam, mula kan sesi menyiapkan assignment yang menggunung tinggi. eceh menggunung lah sangat kan. hehe
pukul 12 malam minah pun tidur lah setelah bertungkus lumus lah kononnya siapkan assignment.
sampai waktu solat minah pun pergi lah solat. adakalanye terlewat lah jugak.*adakala ke.? heheh
kalau baik sikit minah pergilah solat jemaah, tapi tu pun kalau ada masa je. -_-
waktu makan minah makan lah dengan kawan kawan minah.

rasa stress sikit, minah pun ambek masa nak bermuka buku kejap. hilang stress lah katakan dengan assignment yang menggunung tu. hehe
kadang kadang, hujung minggu minah hangout dengan kawan kawan. jalan jalan cuci mata, luangkan masa sabtu yang ada kan. hehe


satu hari.......

 tetiba minah terfikir balik dengan rutin rutin harian dia kat matrik ni.

Minah: emm ni je ke tujuan aku hidup kat bumi ni.? pergi kelas, balik semula, buat assignment, berfacebook, jalan jalan. ni je ke.?

minah x puas hati. minah pun pikir lagi. takkanlah ni je sebab Allah cipta kan minah.

satu malam yang di penuhi dengan bintang germerlapan ni, minah merajinkan diri nak ke masjid al-muttaqin. dengan girangnya minah ke surau dengan sahabat yang comel comel ni. minah pun terdetik hati, nak baca al-Quranlah. 

tetiba aminah terjumpa satu ayat. 

" dan tidaklah Kami bermain-main menciptakan langit dan bumi dan apa yang ada di antara keduanya." (ad-Dukhan :38)
minah fikir and terus fikir...... sampai lah kebetulan minah terselak satu muka surat dalam Quran ni. Alhamdulillah. Allah tunjukkan apa yang minah cari selama ni. Alhamdulillah Alhamdulillah Alhamdulillah.

"Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan untuk beribadah kepadaKu" (Az-Zariyat:56)
and satu lagi, memang lengkap lah apa yang minah cari selama ni. Allah tunjukkan pulak kat minah ayat ni.
"dan ingatlah ketika Tuhanmu berfirman kepada malaikat," Aku hendak menjadikan khalifah di muka bumi". mereka berkata, "apakah Engkau hendak menjadikan orang yang merosakkan dan menumpahkan darah di sana, sedang kami bertasbih memujiMu dan menyucikan namaMu?" Dia berfirman, "Sungguh, Aku mengetahui apa yang tidak kamu ketahui." (al-Baqarah:30)
 alhamdulillah, Allah tepati janji Nya, Allah penuhi doa orang yang memohon kepadaNya. minah doa agar Allah tunjukkan tujuan minah diciptakan. Akhirnya, Allah tunjuk. tapi, Allah tunjuk dengan jalan yang sweet. caranya, dengan pencarian manusia tu dulu. :)) eh lari topik pulak.

ok kembali kepada topik.

rupa rupanya......
tujuan Allah ciptakan minah cuma dua. bukan minah je, dia, awak, saya, mereka, and yang penting sekali....... KITA SEMUA!

iaitu, IBADAH and KHALIFAH.

ye cuma dua. minah pun menangis teresak esak bila terfikir semula rutin rutin dia sepnjang hidup ni. g kelas pastu balik semula. then berfacebook. buat assingment. minah nangis nangis and nangis.
sampai lah lepas isyak, sahabat minah yang sangat caring, adorable, sweet ni tanya minah.

Pe'ah: minah, nape awak nagis ni? awak ada masalah ke.? share lah dengan saya. kita kawan kan dah lama. ^^ sweet nye pe'ah ni. hehe

Minah: pe'ah, selama ni kan. sepanjang hidup minah, minah rasa minah tek pernah pun buat apa apa pun. minah just buang masa minah je sepanjang 18 tahun hidup. minah x usaha pun nak tambah ibadah. and x usaha pun nak jadi khalifah kat bumi ni. yang minah tau cuma buat apa yang dah biasa. sekarang baru minah sedar. minah jauh sangat dari Allah. :'(

pe'ah pun terasa benda yang sama. then, dua orang sahabat ni, cuba ubah rutin harian dorang. Alhamdulillah. jadi lebih baik. dekatkan diri pada Allah. akhirnya, mereka rasa makin dekat dengan pencipta. aurat makin terjaga. syukur syukur syukur.

conclusion nya kat sini....
*notes2self

walau sesibuk mana pun kita, kita mesti usaha dekat kan diri pada Allah.
Apa salahnya, kita sama sama usaha, solat subuh kat masjid, kuatkan hubungan sesama umat Islam. kalau boleh setiap waktu kat masjid. makin ramai jemaah makin kuat lah persaudaraan kita kan. insyaAllah.

pastu, didik diri supaya sebelum mula belajar, baca lah al-Quran. satu page pun dah cukup kan. asalkan kita x jauh dari Al-Quran.

"sesungguhnya hati manusia berkarat, cara menghilangkan nya ialah dengan mengingati mati dan membaca Al-Quran" (Rasulullah saw)
 insyaAllah, kita sama sama usaha jadi hamba Allah yang soleh solehah. ameen.

jangan kita tergolong dalam orang orang yang mengejar kejayaan tapi, agama tertinggal jauh kat belakang.

"wahai orang orang yang beriman! bertakwalah kepada Allah dan hendaklah setiap orang memerhatikan apa yang telah diperbuatnya untuk hari esok (akhirat), dan bertakwalah kepada Allah. sungguh, Allah maha teliti terhadap apa yang kamu kerjakan." (Al-Hasyr:18)

so, jom kita sama sama buat sesuatu dengan nama Allah. supaya, kita x lalai dari ingat hari akhirat. dunia ni permainan semata mata. cuma jambatan ke akhirat.

yakin dengan janji Allah! kehidupan di syurga tu lebih berganda ganda baik daripada dunia. ^_^

jom! tambah amal, istiqamah, upgrade imann.......

sekian~~










4 comments:

  1. uhuuuu zue isk :'( insyaAllah.
    thankyouu 4 sharing zue :') doakn aq!

    by :-PB- hee:)

    ReplyDelete
  2. anything for you yanie. hehe ameen inshaAllah inshaAllah inshaAllah. dokan aku jugak k!

    ReplyDelete
  3. Best.:-),thanks utk peringatan tuh

    ReplyDelete
    Replies
    1. ur welcome chemong :) peringatan untuk diri sendiri jugak ni. huhu

      Delete