Saturday 29 December 2012

Tahun Baru!

dengan nama Allah yang maha Pemurah lagi maha Penyayang. Assalamualaikum korang!

yea lagi berapa hari nak tahun baru dah. hehe dah nak jadi angka 19! walaupun lambat lagi nak cecah 19 nye. hehe errr umur 19? amal macam mana? -_-"

ok, sebenarnya, teringat zaman sekolah dulu. hee awal tahun je, mesti dah semangat nak masuk sekolah. uuuhuuuhuhhu rindu le pulak. dah balik, sampai hostel je semangat bercerita sal cuti masing masing kan. especially kat NABILAH HUSNA! haha kan kan.

bila cakap pasal tahun baru, mesti terlintas kan. tahun baru hijrah and masihi. ok. apa yang terlintas kat kepala bila cakap pasal tahun baru hijrah and masihi.?

*lazim! bila dengar tahun hijrah. semua yang baik baik belaka. Alhamdulillah. :)) sambutan nye pun dipenuhi dengan amal jariah kan.
tapi, bila cakap pasal sambutan awal tahun masihi,semua nye macam xberapa sopan yang kita dengar kan. budak zaman sekarang sambut macam tah hape hape je. ade yang minum arak la, yang hilang dara tu xyah cakap la. memang ramai la yang memangsakan diri nye. astagfirullah. *harap dijauhkan dari semua tu. ameen.

masuk tahun baru, mestilah kita usaha nak bukak buku baru kan. *muhasabah diri- notes2self

first sekali mesti lah kena jadi lagi matang kan. angka umur dah meningkatlah katakan. *matang fikiran! bila fikiran matang, perbuatan pun jadi matang lah kan. in shaa Allah. TAPI, matang x semestinya kena jadi series tiap masa. hehe matang kat sini, fikir panjang panjang dulu sebelum buat apa apa. :) banyak buat bakti kat mak ayah. kan kan. ^^

pastu, mesti lah kita usaha nak jadi makin baik. xkan lah sampai berpuluh tahun kita hidup, sikit perubahan pun xde.

RASULULLAH TAK MENGAKU UMAT KLAU HIDUP TAPI TAK USAHA MELAKUKAN PERUBAHAN.

 ubah sikit sikit kan. memang banyak lah dugaan masa nak berubah. macam macam jenis orang lah yang nak perli kita nanti. yes! memang SUSAH. x dinafikan. TAPI.....

" nama pun ujian. mana ada manusia yang nak jadi baik tanpa ujian kan. Allah bagi ujian tu kan tanda tarbiyah. Allah test dulu orang orang yang nak jadi baik   ni dengan ujian sebab nak tengok, betul betul layak ke manusia ni nk jadi baik. kalau xtahan dengan cemuhan... maknanya, kita x cukup layak lagi lah nak jadi baik!"
so, tahan sikit lah dengan cemuhan tu, yang penting hati ni kena kool. jangan mengalah kalau nak berubah. ^^

and dah semestinya kita nak cari kejayaan kan. belajar belajar jugak. akhirat jangan lupa lah kan. nak dapat kejayaan mestilah kena jadi makin rajin, attitude pun ok. mana ada orang yang success jalan pun macam penagih, rambut pun tak terurus, seluar pun fitt macam pompuan. kan kan. ^^

so, sempena tahun baru ni. cuba upgrade attitude samping upgrade iman. :) balancekan dunia and akhirat. yang pasti, semuanya berbalik kepada Allah swt. kejayaan tu, Allah nak bagi ke tak. just Allah yang tahu. tugas kita, usaha semampunya. Allah knows the best for us. :))

"jika kamu inginkan kejayaan di dunia, hendaklah kamu berilmu, jika inginkan kejayaan di akhirat, hendaklah kamu berilmu, dan sekira inginkn kedua duanya, hendaklah kamu berilmu"

so, jangan give up dalam pencarian ilmu k.! best of luck untuk tahun baru lagi bape hari ni. salamualaikum! :))

3 comments: