Sunday 18 November 2012

Renungkan, bezakan kita dengan rakyat palestin..

Bismillahirrahmanirrahim.

assalamualaikum warahmatullah. ^_^


Saya bukan orang melayu, saya bukan seorang pelajar, tapi saya seorang hamba Allah. Hamba Allah. Hamba Allah. Yang mempunyai saudara sesama muslim.

Alhamdulillah, hari ni dapat lagi bernafas dengan nikmat oksigen yang Allah kurniakan. Alhamdulillah. alhamdulillah.alhamdulillah. syukur.

kita still boleh bangun pagi dengan keadaan yang aman damai.
masih boleh pergi kelas dengan rasa selamat, xperlu menyorok ke mana-mana pun. Alhamdulillah kan.

tapi, bila bayangkan saudara kita kat Gaza, jauh beza keaadaan mereka dengan kita. Bangun dalam keadaan yang takut takut diserang israel laknatullah. tu pun kalau sempat tidur. tapi hati mereka tetap kuat. kuat sangat nak dibandingkan dengan kita kat sini. sedang kita tidur lena dibuai mimpi, mereka kat sana berusaha mempertahankan agama Allah. kita? bukan kata nak pertahankan agama Allah, solat subuh pun kadang-kadang dah nak naik matahari. including me. :'( Apatah lagi nak solat subuh berjemaah kan. Astagfirullah..

sedangkan... yahudi tu amat takut bila bilangan jemaah subuh sama bilangannya dengan jemaah solat jumaat. * tu tanda kemenangan Islam mkin hampir dan mereka akan menanggung kekalahan. Tapi, bilangan jemaah subuh tinggal berapa kerat je sekarang. Solat subuh berjemaah tanda kekuatan umat Islam. Ternyata kita still belum bersatu padu nak tegakkan agama sendiri, bantu saudara-saudara kita yang tengah bertarung nyawa kat sana. Syahid mereka kat sana. Husnul Khatimah. :)

" Dan janganlah kamu menyangka mereka yang gugur syahid pada jalan Allah itu mati, mereka tidak mati bahkan mereka hidup secara istimewa di sisi tuhan mereka dengan mendapat rezeki." (al-Imran:169)

sabda Rasulullah s.a.w, maksudnya:

"janganlah kamu mandikan mereka kerana setiap duka dan darah itu adalah semerbak di hari kiamat....."

Tapi kita, mungkin ada yang dalam keadaan hitam muram wajahnya. takut, takut sangat.


Kita yakin dengan janji Allah, satu hari nanti Islam akan kembali bangkit, tapi apa sumbangan kita. Semoga kita dapat berfikir dengan akal. Bukan dengan nafsu. ^_^ saudara-saudara kita perlukan kita walaupun cuma  doa.

berdoa agar Allah turunkan tentera-tenteranNya untuk hapuskan Israel laknatullah.
Ameen ya rabbal alameen.

"..kobarkanlah semangat orang-orang yang beriman untuk berperang. Mudah mudahan Allah mematahkan serangan orang-orang kafir itu...." (an-Nisa' :84)


4 comments: